Pages

Showing posts with label suka duka kehidupan. Show all posts
Showing posts with label suka duka kehidupan. Show all posts

Friday, February 24, 2012

the end

Kali ni luka memang parah.

Pada awal nya aku patut tahu yang aku kini bermain dengan api.
sekarangapi dah pun membakar diri aku.
Rasa sakit nya tu, menusuk sampai ke benak hati.
Kalau tiada pegangan agama mungkin hanyut aku ni.

Dia dah pun kembali ke tempat asal nya.
Aku? Masih meneruskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki di sani.
Setiap hari aku berdoa agar jiwaku tenang dan redha dengan apa yang terjadi.
Pengalaman ini akan aku jadikan sandaran untuk kisah yang akan datang.



Monday, January 30, 2012

kadang-kadang kata-kata boleh memotivasikan diri.

Ini angkara menelaah maksud nama di fb. Tapi macam ada rasional nya.


Betul kan?

Kadangkala, kata2 boleh menusuk kalbu.
Aduh duh duh duh

Tuesday, December 6, 2011

Tiada duka yang abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Wednesday, November 30, 2011

Let it go for your own good

Have you ever had a friend who wasn’t good for you-perhaps because he or she influenced to do things, say things or be someone other than you know yourself to be? Have you ever been in love with a special someone but knew the relationship wasn’t right for you? 
When things aren’t right, you need to let go-with love. Yes this can be difficult to do, especially if your heart isn’t quite ready to be without the other person. Even so, sometimes you have to pick up your heart and go home. You don’t have to make the other person wrong or bad so that you seem justified in letting go. Let go because you know it’s right for you-and because you love and honor yourself enough to know this. Even if the other person doesn’t want out of the relationship and asks why you are leaving, rather than saying “Because you don’t/can’t/won’t…” and so on, simply say, “I need to leave because this is not right for me.” Letting go can be something you do as a way to love your own heart-because you hold it in the highest regard (Taste-Berry, 2003)


Taken from my friend.
Dear friend,
I will try my best to do so.
Walau cinta dan sayang macam mana pun, when the things, situation is not right, you should let it go.
It hurts indeed but, I believe that time will heal it.
Do pray for me friends.
love ya.
Muah.

Friday, November 4, 2011

kehidupan yang mematangkan

Semakin hari usia semakin bertambah,
hari-hari yang di lalui tidak semua nya sama.
Kadang-kadang cerah, kadang-kadang mendung, kadang-kadang di panah petir.


Di sebalik semuanya yang telah terjadi, terselit sebuah memori yang mematangkan kita.
Di saat ingin membuat pilihan yang terbaik untuk hidup ini, terdapat pelbagai dugaan, godaan.
Pembunuh utama adalah syaitan. macam-macam yang di hasut.
Kalah pada nafsu.
Astagfirullah Hal-Azim.


Ya Tuhanku,
Berikan kekuatan kepadaku dalam menghadapi kehidupan yang sangat mencabar ini.
Teguhkan iman di dalam hati, tabahkan hati,jauhkan dari syaitan.
Permudahkan segala urusan di dunia ini.


Yang sudah berlalu usah lagi di kenang.
Biarkan menjadi sejarah dan jangan pernah benarkan ia berulang.
Wahai kehidupan yang akan datang, bimbinglah aku agar menjadi manusia yang lebih matang.
Amin.

Thursday, October 13, 2011

Landslide



Aku takde la minat tengok program nyayian realiti omputih ni kan.
Tapi duet ni memang superb.
Touching lyrics, nice arrangement of music.
Rasa nak jadi rockers mcm Stevie Nicks.

Saturday, August 27, 2011

kecundang lagi

Hi y'all.
Sepatutnya musim raya ni aku kene la happy kan. 
After all the so-called truth confession have been made, my life turn upside down.
Sedih dan kecewa.
Itu je yang boleh aku cakapkan.


Memang sangat terpanah halilintar bila dia cakap he's already MARRIED.
What??????
Tapi aku maintain cool and pretending that I have no feelings at all.
Dalam hati Tuhan saje yg tahu.
Then he explained everything to me.
Kenapa la dia buat semua ni dekat aku.
Jangan buat I macam one stop centre you.
Enough.


Sedih, kecewa marah menyelubungi diri aku.
How stupid I am to be fooled again by man.
Damn la.
stop playing with my heart la.
Banyak sangat dah luka kat hati aku ni. Da tak larat nak tampal bagi elok.
Kalau betul ko da kahwin, please stay away from me.
Jangan bagi aku harapan boleh?


Sad sad sad sad.













Thursday, July 21, 2011

jangan takbur sangat la..tak ke mana pon....

Entry a bit emotional maybe.


This is my first time working with contractor dan client big "P".
What can I say ye?


Memang banyak sangat benda yang aku belajar escpecially on practical and on site works.
Memang agak bingai jugak la bila apa yang ditanya tak dapat dijawab dengan cemerlang nya.
Semua tu learning process. Aku terima segala maki hamun dengan kebal nya.
Takat ni baru 2x aku mengalir air mata. Kira gagah jugak la aku kan?hahahaha.


Tapi ada manusia tuan tanah kedaung ni yang kerja nya asyik nak marah orang je.
kerja dia hari-hari nak kondem orang. Biji mata dia nampak salah orang je.
Silap diri sendiri langsung tak nampak. 
Apa kebaikan orang yang terang benderang tak pernah dihargai dan di puji.
Bila cuba utk suarakan pendapat, haram nak di dengar.
Macam la bijak pandai sangat.
Woiii, kalau ko penuh ilmu dunia di dada pon, ilmu akhirat tak cukup tak guna jugak.
Cuba la ada sikap bertolak ansur sesama manusia.
Barula semua benda akan berjalan lancar, hubungan sesama manusia harmoni dan sejahtera.


Haih, tak paham la beta.
Pangkat dan darjat jadi taruhan.
Ptuih!!

Friday, July 15, 2011

banyak pilihan

Hidup ni banyak pilihan.
Sama ada pandai dgn tak pandai je nak pilih.
Kalau salah pilih, lingkup lah jadi nya.


Last night, I had a conversation with my superior.
He told me about his 5 principles in his life.
Menarik. Saya impressed.
The best part is, he told me, find someone that you need not you want.
Sentap mak.
You have right to choose, young lady.


Biar banyak pilihan, tapi jangan salah memilih.
Ok bos, Noted!



Sunday, July 3, 2011

July 2011

sudah 3 July 2011?OMG cepat betul masa berlalu.
bermaksud sudah sebulan aku berada di bumi Melaka.
So far kerja aku mmg mencabar. there are thousands of new things that I learnt everyday.
Baru aku tau betapa cetek nya ilmu di dada.
Belajar dan terus belajar.

Aku baru pulang dari kampung halaman. Saje melepaskan penat bekerja.
Rasa ringan sikit otak yg penuh dgn pressure dan stress ni.
esok kembali mengerah keringat.

Bila bekerja mesti kena ada sumber inspirasi kan?Aku da dpt sumber inspirasi utk bulan 6 yg lalu.
haih, bulan lepas byk hutang. Tu pon belom habis bayar lagi da tinggal separuh.
betul ckp org, makin byk gaji, makin cpt habis. tapi aku tak berjoli lagi...hukhukhuk.
Nasib ada backup tgh bulan nanti.
Ape pon nak kene berjimat cermat. kata nak kumpul duit nk kahwin?dgn siapa pon tak tahu lagi..
hehehehe.koya parok.

Bulan July ni pon menggamit memori kepada July 2010. Di mana aku rasa happy sgt.
Seperti nya aku merindukan saat lalu...

Ok, masa dah time.
Semoga hari esok dan seterusnya akan sentiasa indah.


Wednesday, June 22, 2011

tiada lagi keselesaan

dulu ada masa untuk bersantai, melepak.
sekarang semua tu tiggal kenangan.


sekarang?
tunggang langgang. baju pon da berbakul tak basuh?
duit mengalir macam air. 
Rindu untuk menonton tv.
badan penat, hati kering cinta entah ke mana.
cepatla 8 bulan ini berlalu.
hanya semangat, doa dan kekuatan yang mengiringi setiap hari ku.


Dalam hidup ada up side down.
Semoga apa yang ku rasakan susah ini akan menjadi yang terindah hendaknya.
Kita tidak akan berada di zon selesa sepanjang hayat.




p/s: kejadah apa nak kena main bowling hari Ahad?itu je hari untuk relax. hari tengok muka yang sama mahu muntah aku.

Saturday, June 11, 2011

cerita seorang perantau

semenjak bekerjaya yg dasyat ni makin susah nak update blog.
tapi akan ku coba untuk mencurahkan rasa hati ini. cewah!

Dah seminggu kat bumi Melaka.Masih tercari-cari rentak hidup.
rasa mcm alien sgt2. takde sedara mara.hanya bergantung harap kt kawan2 je la.

Serious talking, I missed my old life. tapi, sampai bila nak duduk di comfort zone kan? kena bekorban la salah satu untuk mendapatkan pengalamn and to move on to the other side of our life. Takkan nak selamanya senang kan?huhuhuhu. belajarla hidup susah....

Sekarang aku dah pindah duduk di rumah company. Hambek kau, sekali kondo dia bagi. Hanya ada terry je di parking lot. hebat ko terry, di apit bumblebee and bmw. dorang takde Terry da viva.hahaha.
merasa la jadi org kaya selama 8 bulan ni kan.huahuahuahua

Pasal kerja, i have nothin much to say, Sekarang dalam phase develop procedures. Pening kepala den. melayan kerenah org bijak pandai ni. Aku debik skali baru tau. Bukan tau pon, cakap banyak bayar kurang diorang tu.Tapi mmg banyak aku akan belajar sebab dulu hanya theory je kan. Now, implementation!

petang ni balik Subang. kangen sama rumah, sama teman-teman.
Drive alone and lonely.
Malam ni Final FA Cup. Klate vs Ganu.
Good Luck you.
You sekarang sombong benor ngn I kan.
You campak I jauh-jauh.
Mentang2 I da tercampak jauh.
Sampai hati you.
I rindu you tau.
Tapi apakan daya, you tak rindu I pong.
takpela nak buat macam mana kan.
I gagak di rimba.

ok, tu je untuk update kali ni
From Melaka with love.






Monday, May 23, 2011

Salam Takziah kepada mereka

Sabtu lepas Malaysia kembali digemparkan dengan another landslide case which happened at Rumah Anak Yatim Batu 14, Hulu Langat.


Sangat menyayat hati dan sebak. Mereka tengah berlatih kompang, nasyid di madrasah tersebut.
Mangsa korban seramai 16 orang dan yang terselamat 9 orang.kebayakan mereka kanak-kanak kecik lagi.Yang adik beradik yg meniggal pon ada.


Hiba. 
Anak-anak yatim dan miskin yang menjadi mangsa. Tuhan memang sayangkan mereka. Betul ckp orang, orang baik selalu pegi awal. Kenapa orang Islam yang dok togok arak, buat maksiat, buat jahat, Tuhan tak ambik nyawa mereka?Ini sebab nya, Tuhan masih nak bagi peluang kepada mereka untuk bertaubat. 
*peringatan untuk diri sendiri*.


Al-fatihah untuk kesemua mangsa.


Bila-bila masa je Tuhan boleh ambik nyawa kita. 


keadaan rumah anak yatim tu

Thursday, May 5, 2011

syukur pada-Mu Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku.

Aku bersyukur kepada-Mu dia atas segala rahmat-Mu,
Semoga Kau tabahkan hati ini dalam menempuhi hari-hari yang mendatang,
Kuatkan dan tetapkan iman di hati ini,
Kau permudahkan la segala urusan di dunia ini,
Aku redha dengan segala ketentuan-Mu

"Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!"

Amin.

Friday, April 29, 2011

bunga bunga

hari ni Jumaat.
Minggu ni cuti panjang sampai isnin.woot woot.
Masuk je bulan 5 ni banyak wedding yg perlu di attend.berjujuk.
Tahniah kawan2 ku.


Back to the story.
Mood aku baik hari ni.
Kerja pon tak banyak sangat hari ni. Relax se relax cuaca pada hari ni. Suam-suam kuku.
I like!


Petang ni chow balik Kuantan.ada sape2 nak tumpang?
Jangan siapa2 spoil kan mood aku hari ni. Oh yeah!




Senyum betul kucing ni.meowwww


Ok kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia, Selamat Hari Pekerja!
Kerja rajin-rajin ye. Kaut duit banyak sikit.
oh yeah!!

Tuesday, April 26, 2011

sedikit tersentuh

semalam bos aku cakap nak terminate kan 2 org technician.
Aku kesian sebab 2 orang da kawen dan ada anak.
Kesian.
Macam mana depa nak cari kerja.
Badan dan tua. Bukannya muda lagi.


Macam mana la kalau kena kat aku bila aku da tua nanti?


Turut tumpang sedih kepada kalian berdua.

Tuesday, April 19, 2011

aku nak jugak...

hi semua.
seperti yang kita semua sedia maklum, kalau tiba je tengah tahun mesti akan berderet jemputan yang akan kita dapat kan?nak-nak pulak bila umur makin meningkat (muda lagi ni), ramai la kawan-kawan yang ingin memulakan alam baru.Aku doakan kalian bahagia hingga ke akhir hayat.
Sempena musim mengawan ni, aku nak la jugak share type yg aku suka kan.cewahh...
yela,aku kan masih mengoogle calon ni.
Interested?


lets cekidaud.


Menjaga solat dan beriman.
Ciri ni mesti berada paling top sekali. Kalau la tak menjaga solat, macam mana nak membimbing anak bini kan?Solat tu kan tiang agama.Aku berasa sangat sedih bila lambakan kaum adam tak pergi solat Jumaat.walaupun Solat jumaat tu seminggu sekali tapi ia diwajibkan kepada kaum adam.Sejuk hati bila tengok lelaki pakai kain pelikat pegi dan balik dari surau.


Matang
Lelaki mesti matang. Perempuan akan mudah tertarik bila lelaki berfikir secara waras dan rasional. Perempuan ni beremosi, dia sentiasa ingin lelaki yang positif, dan menenangkan hati dan perasaan. Tak hairan la bila ramai perempuan sekarang pilih lelaki berumur kan tapi excluded me ok?hikhik


Sekufu
Setengah mazhab kata, sekufu ni da jadi syarat wajib kahwin, tapi mengikut Mazhab Syafie, sekufu tak dianggap sebagai syarat wajib kawen. Correct me if I'm wrong. Mana -mana perempuan pon akan fikirkan tentang security for the future kan. Bukan nye nak lelaki yg keje gempak-gempak tapi cuma menjamin masa depan, yang halal dan selamat. Nanti nasib anak bini terjaga tak gitu bang?


Tinggi
ok, yang ni ciri-ciri yg aku hope akan dapat.hehehehe. (ye la aku kan comel noooo)


Lelaki yang tidak expose diri
Sesetengah orang tak suka lelaki yang slow and tak menyerlah ni.Tapi kalau dapat ni byk la sikit cabaran nye sebab nak selalu support dia kan?


"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W".


Ingat tu wahai Sapura.

Saturday, April 16, 2011

semangat tidak seriring dengan keadaan dan harapan.

hi y'all.
happy weekend.hari ni weekend tak payah kerja.bagus. kalau pg kerja bukan di bayar pon.hampeh!
janji manis semua tu.
Fine!

2, 3 weeks kebelakangan ni aku rasa hilang arah.stress di tempat kerja, tekanan hal family and money matters indeed. Serious talking, aku demotivated. Hati, perasan tak gembira dan tak tenang. Ada je yang berlaku.Tuhan sayang kepada hamba yang di uji. Terima dengan redha ok.
waaaa...aku nak carik kerja lain.
itu yang sebenarnya menganggu fikiran aku.


Monday, April 4, 2011

Mood kureng

Jam menunjukkan pukul 615 petang.
i'm still at the office.
keje menimbun macam istana pasir.
life is not easy kan.
cari duit, cari kebahagiaan, cari kepuasan, cari masalah, cari pedoman, dan cari jalan penyelesaian.
boring.
kalau ada masalah yang tak leh handle kita akan rasa moody and down.
At that time mesti nak support from family, love ones, friends and hiburan.


Hidup tak semudah dan tak sesusah yang disangka.
Semoga aku ditempatkan di jalan yang benar di sisi-Nya.
Semoga diri ini selalu tabah dengan cabaran yang mendatang.
Amin.InsyaAllah

Sunday, March 27, 2011

Friendship never ends.

First of all, congratulations Ammar Radzi on ur wedding. Cantik theme colour kenduri kawen ko.Pink+red+white. oh ye, muffin dlm beg berkat pon sodap.
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.doakan kawan-kawan yg tgh tunggu turn ni pulak ek.

Seronok.
Dah lama tak bersosial bersama-sama kawan2 UPM. banyak cerita yg keluar. Topik paling hot pasal pekerjaan dan pasangan hidup.oh,klise sungguh.

rindu nak kembali ke masa lalu. masa jadi student asyik fikir bila nak kerja, nak pegang duit sendiri,nak pakai kereta,tapi bila da rasa semua tu, nak pulak kembali ke zaman belajar. Zaman yang tak payah fikir pasal boss and deadline.haha.

Sesungguhnya, weekend ni really released out my stress. Penuh dgn gelak ketawa.Penuh dgn pelbagai cerita,penuh dgn pelbagai memori.

kenapa masa yang gembira perlu pergi?

Sekarang, face the reality dude, you are no longer a student. Semua benda harus pergi dan berganti.
Doakan segala yang terbaik pada masa hadapan.
oh, doakan dapat suami mithali dan comel.
kehkehkeh.