Pages

Tuesday, April 19, 2011

aku nak jugak...

hi semua.
seperti yang kita semua sedia maklum, kalau tiba je tengah tahun mesti akan berderet jemputan yang akan kita dapat kan?nak-nak pulak bila umur makin meningkat (muda lagi ni), ramai la kawan-kawan yang ingin memulakan alam baru.Aku doakan kalian bahagia hingga ke akhir hayat.
Sempena musim mengawan ni, aku nak la jugak share type yg aku suka kan.cewahh...
yela,aku kan masih mengoogle calon ni.
Interested?


lets cekidaud.


Menjaga solat dan beriman.
Ciri ni mesti berada paling top sekali. Kalau la tak menjaga solat, macam mana nak membimbing anak bini kan?Solat tu kan tiang agama.Aku berasa sangat sedih bila lambakan kaum adam tak pergi solat Jumaat.walaupun Solat jumaat tu seminggu sekali tapi ia diwajibkan kepada kaum adam.Sejuk hati bila tengok lelaki pakai kain pelikat pegi dan balik dari surau.


Matang
Lelaki mesti matang. Perempuan akan mudah tertarik bila lelaki berfikir secara waras dan rasional. Perempuan ni beremosi, dia sentiasa ingin lelaki yang positif, dan menenangkan hati dan perasaan. Tak hairan la bila ramai perempuan sekarang pilih lelaki berumur kan tapi excluded me ok?hikhik


Sekufu
Setengah mazhab kata, sekufu ni da jadi syarat wajib kahwin, tapi mengikut Mazhab Syafie, sekufu tak dianggap sebagai syarat wajib kawen. Correct me if I'm wrong. Mana -mana perempuan pon akan fikirkan tentang security for the future kan. Bukan nye nak lelaki yg keje gempak-gempak tapi cuma menjamin masa depan, yang halal dan selamat. Nanti nasib anak bini terjaga tak gitu bang?


Tinggi
ok, yang ni ciri-ciri yg aku hope akan dapat.hehehehe. (ye la aku kan comel noooo)


Lelaki yang tidak expose diri
Sesetengah orang tak suka lelaki yang slow and tak menyerlah ni.Tapi kalau dapat ni byk la sikit cabaran nye sebab nak selalu support dia kan?


"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W".


Ingat tu wahai Sapura.

No comments:

Post a Comment