Pages

Monday, December 6, 2010

aku tak STUPID!

hari ni aku cuti.so spend time di rumahku syurgaku.so plan tengok wayang ngn mat judin.yg x bleh blahnye ,dalam panggung ada 4 org je yg nk tgk cite ni.aku mula x sedap hati, x best ke cite ni.tp bila da tengok..mmg best.rugi la x tengok oi..

back to the review,
enough said. thumbs up! 4 star.aku suka jalan cerita ni. tak heavy,boleh diterima dan memang sangat masuk akal ok.aku pon x reti nak cite betol2 nah aku bg korang sinopsis movie ni.

"Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.
Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka."


ok,tu sinopsis dia.
dari segi pemilihan watak,memang sgt kena la bg aku.tp dalam cite ni aku suke Sudin-seorang bad boy yang hilang perhatian bapak dia.ganas btol bapak dia.patutla die jadi bad boy.
cite ni touching gak.part paking touching bila si jefri curi duit kat kantin sekolah semata2 nak beli masa bapak dia utk tengok persembahan dia kat sekolah. fuhhh...pastu jefri kantoi sbb ade cctv kat kantin tu.balik umah bapak dia pukul abes2,time tgh sedu sedan melalak,dia pon ckp yg sebenarnye die curik duit sebab nak beli masa bapak dia.ye la kan bapaknye asek bz manjang.

actually cite ni adaptasi dr cite kat singapore. x kesah la,janji cite ni mmg best.byk iktibar.lawak jugak weh.cm cite ala2 underground and kami the movie.

ok,kepada sape yg belum tengok,aku sarankan korang pegi tengok cite aku tak bodoh ni. x rugi pon.malah memberi manfaat.
kunjungi panggung sekarang!!



No comments:

Post a Comment